Menulis itu amat penting kepada seseorang yang bercita-cita untuk menghasilkan sesuatu karya. Namun adakalanya saya mesti memaafkan diri saya jika saya tidak dapat menulis – mungkin tidak dapat menulis sehari, seminggu, sebulan atau setahun. Ini adalah kerana ada perkara-perkara yang tidak boleh ditinggalkan walaupun saya perlu menulis.
1. Keluarga
Semua orang mempunyai peranan dalam institusi keluarga. Mungkin sebagai seorang anak kepada ibu bapanya, kakak atau abang kepada adik-adiknya, ibu atau bapa kepada anak-anaknya, suami atau isteri kepada pasangannya. Kadangkala ada individu dalam keluarga kita yang memerlukan perhatian istimewa dan kita mesti menunaikan tanggungjawab tersebut seperti menjaga ibu atau bapa yang sakit dan sebagainya. Tunaikanlah tanggungjawab tanpa rasa sesal. Suatu hari nanti, anda akan menulis jua, dan suatu kematangan yang diperolehi dari pengalaman anda akan terpancar di dalam karya.
2. Hubungan silaturahim
Semua orang mempunyai peranan di dalam masyarakat. Paling jelas sekarang, sebagai jiran atau saudara kita perlu menghadiri jemputan jiran dan saudara-mara kita. Penuhilah jemputan itu, kerana ia tidaklah lama.
3. Projek penting di tempat kerja
Kadangkala majikan anda mahukan sesuatu dilaksanakan dengan jayanya dalam tempoh masa tertentu. Oleh kerana saya telah membuat pilihan hidup untuk bekerja selain dari menulis, saya mestilah terima yang saya mesti memberi keutamaan kepada kerja makan gaji itu. Saya juga perlu ingat yang saya menggunakan duit gaji saya untuk membeli peralatan menulis. Jika gaji saya tidak berkat, maka penulisan saya juga tidak berkat.
4. Peperiksaan penting
Menulis kebiasaannya akan memakan masa yang panjang dan tumpuan yang hebat. Anda terpaksa membuat kajian, menyemak dan menulis semula draf. Jika ada adik-adik di luar sana yang akan menjalani peperiksaan penting, maafkanlah diri anda kerana terpaksa menangguhkan penulisan buat sementara waktu. Lepas peperiksaan, tulislah puas-puas.
Jadi, teruskan menulis di mana ia tidak mendatangkan kesusahan kepada anda. Kadangkala, anda perlu memaafkan diri anda jika tidak dapat menulis atas sebab-sebab tertentu. Tetapi, selesai saja tanggungjawab anda, kembalilah ke bidang ini.
Wednesday, October 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sungguh adil. Sebelum ini saya menemui ramai penulis-penulis (atau yang baru belajar menulis) yang terlalu obses sehingga kewajaran-kewajaran begini tidak dipeduli. Jika tidak meletakkan sesuatu di tempatnya, itulah yang dinamakan zalim kan. Semoga kita memiliki hati dan budi sebaik watak utama di dalam karya kita :)
ReplyDeleteSalam Almarjan,
ReplyDeleteTerima kerana menerima baik pendapat saya. Ada masanya kita perlu dahulukan yang lebih penting.