Wednesday, October 20, 2010

PENANGAN D.O.M: Penulis Wanita: Realiti versus Idealisme

DOM Penulis Wanita: Realiti versus Idealisme ialah DOM yang pertama saya sertai. Saya tidak pernah menyertai forum sepertinya jadi saya tidak boleh buat perbandingan. Tapi pada hari itu, tingkat atas Rumah PENA penuh. Semua kerusi ada yang duduk. Ada juga yang berdiri di belakang. Saya yakin tarikan DOM kali ini adalah tajuknya yang demikian rupa itu.


Dua Isu
Balik dari DOM, saya diterjah oleh 2 isu penting: Pertama, kuasa wang lawan kebebasan kreativiti dalam penerbitan yang seterusnya mempengaruhi karya seseorang penulis. Kedua, penulis wanita tidak pernah sehebat penulis lelaki maka kerana itulah belum seorang pun penulis wanita dinobatkan sebagai Sasterawan Negara. Pertama, wang lawan penulis sastera: siapa akhirnya akan tewas? Kedua: Penulis lelaki lawan penulis wanita: Siapa tewas?

Buntu
Saya tiada jawapan untuk persoalan-persoalan tadi. Saya tulis entri ini sekadar untuk mengamankan pemikiran saya yang sebelumnya berkecamuk.

Di persimpangan
Yang saya tahu, DOM yang ini membawa saya ke persimpangan jalan. Sampai bila saya mesti jadi penulis sayembara yang menulis karya dianggap sastera tapi untuk bacaan remaja? Yang jika dijual di luar tak tentu arah nasibnya. Suatu hari nanti saya terpaksa menulis novel untuk pembaca dewasa, membincangkan isu-isu orang dewasa dan masih mengekalkan keseriusan tema dan ideologi. Ke mana saya mahu pergi? Ada lagikah Hadiah Sako? Sayembara apakah yang ada ketika itu? Hendak terbit di DBP sangatlah saya takut kerana saya selalu pergi jualan gudang DBP dan melihat nasib novel-novel yang tidak dipasarkan dengan baik. Jika mahu ke penerbit komersial adakah ia diterima? Atau akan diterima jika saya melakukan perubahan-perubahan seperti yang diminta mengikut kriteria penerbitan tersebut? Saya cuba berpening-pening kepala tentang hal ini, dan timbul penyelesaiannya. Iaitu, saya mesti yakin dengan rezeki Allah untuk saya. Yang penting, saya mesti berusaha dahulu dengan menulis novel tersebut dahulu dan mencari penerbit. Jika tak laku, tulislah lagi dan lagi dengan penuh gigih.

Feminis pengemis
Tentang isu kedua pula, saya ada jawapannya. Saya tahu kenapa penulis lelaki sentiasa jadi lebih hebat dari penulis wanita. Jawapannya berasaskan statistik (umur lelaki dan wanita berkahwin, jangka hayat lelaki & wanita yang menjadi pasangan dalam perkahwinan) dan juga pemikiran-pemikiran penulis feminis Barat (Simone de Beauvoir, Virginia Woolf). Saya tidak suka rujukan-rujukan saya termasuklah statistik. Tetapi setelah mendapati yang penilaian karya sastera itu adalah suatu yang amat subjektif, saya perlu sedar yang karya dinilai mengikut kaca mata siapa. Kaca mata siapa itu sendiri ditentukan oleh keadaan sedia ada yang telah wujud sejak lama dahulu. Akhirnya, saya balik ke tahap perasaan yang asas. Saya jadi marah dengan ketidakadilan pandangan dunia termasuk pandangan dunia untuk kesusasteraan.

Sublimasi
Tapi, marah saya takkan sia-sia. Kemarahan jika disublimasikan dalam karya akan memberi kesan hebat. Jadi,tulis dan terus menulis!

7 comments:

  1. Puan Sri adalah nama besar yang harum mewangi yang lahir dari sumur HSKU. Sudah pernah menang HSPM pula tu!

    Insya-Allah, saya percaya, ke mana saja pun karya puan dihantar, penerbit pasti keberatan untuk menolaknya. Kena pula dengan pakej pemasaran yang tepat, karya puan akan mudah didapati dan terjual di mana-mana

    ReplyDelete
  2. Ustaz Zaid & Ahmad Zahiruddin,

    Sesekali seronok dipuji. Namun saya mesti mengambil langkah untuk memajukan karya. Insyaallah. Terima kasih. Ehm, ustaz. Tahun ni macam mana?

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Sudah lama perhati polemik ini. Pada mulanya macam malas nak campur sebab ini bukannya cerita baharu. Kesimpulannya mudah. Apa yang kita tulis, tetap diperhatikan dan dihakimi. Tiada siapa yang melantik mereka tetapi merekalah yang melantik diri sendiri dan kononnya mahu menghidupkan polemik.

    Mari kembali kepada tujuan asal kita menulis. Setiap penulis ada sasaran pembaca tersendiri dan biasanya kita tidak boleh tamak, mengharapkan satu dunia akan baca karya kita. Hakikatnya, penulis boleh menulis untuk satu kumpulan sasaran dan jika dia dapat lebih dari satu, itu sudah dikira bonus.

    I hope you are not emotionally disturbed by what that has transpired. An emotionally disturbed writer could spell something dangerous. I hope you are back on your track by now. There are huge number people who love to watch us 'derailed', to chaff and deride us each time.

    Menulis untuk kumpulan yang disasarkan.
    Menulis kerana Allah.
    When we write with all our heart, He will take care of the rest, insya-Allah.

    ReplyDelete
  4. Tumpang sekaki,
    Tersentuh dengan coretan Kak Nisah...
    Menulislah dari hati, nescaya akan sampai ke hati :)

    ReplyDelete
  5. Kak Nisah,

    Nasihat puan umpama nasihat seorang kak long yang mengatakan pada adiknya supaya 'snap out of it'. Yes, right away, sis!

    ReplyDelete
  6. Ayu,
    Yes! Snap out of it! Get back to your manuscript! The clock is ticking! (Wow, I have never used so many exclamation mark in one paragraph before. :-) )

    ReplyDelete