Friday, October 22, 2010

PASCA-POLEMIK: KEMBALI MENULIS

Selepas puas berpolemik dan akhirnya mencapai peleraian dan juga mendapat nasihat dari pelbagai pihak, seseorang yang hendak bergelar penulis mesti balik ke asal kerjanya iaitu menulis.


Draf kedua
Katakanlah, dengan izin Allah SWT draf pertama sudah siap, yang merupakan tulisan tangan dalam buku nota Camel 100 mukasurat. Selama ini, saya hanya dapat menulis di tempat-tempat terbuka – kantin, dewan, bilik mesyuarat, dalam kereta. Setelah siap draf pertama, saya mesti meminta tolong. Minta tolong orang lain untuk saya dapatkan masa paling singkat 1 jam supaya saya boleh kunci pintu dan menaip di computer. Pastikan ada makanan untuk orang-orang dalam rumah siap dalam periuk. Broadband mesti dicabut dan diletak jauh-jauh supaya saya tak sambil-sambil main Internet. Muzik dipasang supaya ada feel (light up, light up! As if you have a choice, even if you cannot hear my voice - I’ll be right beside you dear! - Snow Patrol, Run)

Penyuntingan tahap 1
Menaip akan jadi kerja pantas kerana saya sudah menulis terlebih dahulu di atas kertas. Tidaklah saya termangu-mangu di depan skrin dan meletihkan mata. Namun, menaip ini sebenarnya lebih memakan masa dari menulis draf pertama. Secara automatik saya akan membuat pembetulan gramatis mengikut kemampuan saya. Ayat-ayat yang janggal sepatutnya saya licinkan sebutannya. Fakta-fakta yang saya tak pasti saya akan kosongkan dan cari di waktu lain di Internet.

Semakin tebal
Proses ini secara automatik akan menambah jumlah perkataan dari draf pertama. Jika draf pertama berjumlah 15000 patah, sepatutnya draf kedua akan bertambah menjadi 25000 jika saya bersungguh-sungguh. Draf kedua memang sukar dan mengambil masa. Kadangkala plot boleh bertukar kerana suatu fakta baru yang dijumpai. Saya perlu berfikiran terbuka dan jangan rasa berat hati hendak buat perubahan.

Jadi, adik-adik dan muda-mudi di luar sana – tulislah! Kerana akhirnya karya itu akan bercakap mewakili tuan punya cerita, bukan hujahnya di suatu forum yang hanya terbang melayang dibawa angin dan akhbar.

8 comments:

  1. Ayu,
    Betul tu. Akhirnya apa yang kita tulis itulah yang kekal, walau selepas kita tiada. Polemik itu seperti bunga api - meriahnya sebentar tetapi tidak mampu menerangkan jalan. Kita yang menulis biarlah kekal cahayanya seperti sebuah lentera.

    ReplyDelete
  2. pinjamkan keprolifikanmu kepadaku, Puan Sri.
    :-)

    ReplyDelete
  3. Cikgu Sri,
    Sesungguhnya pada ketika ini, hamba berada dalam keadaan yang amat celaru sekali. Menulis perkara yang baik dan berguna, insya-Allah akan berkekalan kata-kata itu.

    ReplyDelete
  4. Ustaz Zaid,

    Saya belum prolifik lagi. Tapi kalau kata-kata Ustaz menjadi kenyataan, alhamdulillah. Tak mengapa tak jadi prolifik, jika hendak menjaga kualiti. Tak mengapa tak jadi prolifik, jika ada tanggungjawab yang lebih besar. Ada kelapangan, akan sampai masanya.

    Cikgu Nizar,
    Tak apa bercelaru seketika. Kita manusia biasa. Ehem, cikgu Nizar, tahun ni macam mana?

    ReplyDelete
  5. Cikgu Nizar dalam proses? Heh...gandingan dua cikgu naik pentas lagi tahun ini - ironinya guru dari dua bahasa berbeza menguasai pentas sastera. Syukurlah

    ReplyDelete
  6. Norziati,

    Jangan dibiarkan 2 cikgu ni. Cik adik macam mana pula? Maklumlah nak masuk penerbitan lain, dah lupa ke pada HSKU...?

    ReplyDelete