Monday, October 4, 2010

MENULIS: DISIPLIN

Dengan izin Allah SWT anda sedang menulis ‘full swing’. Sedar tak sedar sudah sampai Bab 3. Tapi Bab 3 itu sebenarnya hanya sedikit sebab anda tidak tahu berapa lama lagi cerita anda akan terus berjalan. Jadi, mengejar masa amat penting. Amalkan beberapa perkara supaya anda berjaya menggunakan masa dengan sepenuhnya:
1. Tinggalkan sembang di laman sosial.
Saya kenal seseorang yang berfb dan ia mengambil masa 2 jam setiap hari. Malangnya, saya tidak ada 2 jam setiap hari. Jika saya berfb, habislah cita-cita saya ini. Bagaimana pula dengan berblog? Bagi seseorang yang mengemaskini blog seminggu 3 kali dan dengan isi sedikit tanpa foto, saya ambil masa setengah jam sahaja. Lagipun, berblog mempunyai unsur-unsur terapi di mana saya menyusun pemikiran dan menanam azam. Sama ada tulisan saya diterima atau tidak, ia bukanlah sesuatu yang terlalu menekan perasaan. Bayangkan jika saya berfb dan tiada siapa yang mahu bersembang dengan saya? Pasti saya akan mengalami trauma.

2. Tonton TV secara berjadual.
Jangan hidupkan televisyen dan duduk di depannya sambil melayari stesen-stesen tanpa arah tujuan. Jika anda hidupkan TV, pastikan anda tengok rancangan yang anda sudah tahu waktu siarannya.

3. Masak di rumah.
Percaya atau tidak, memasak di rumah lebih menjimatkan masa jika anda telah membeli bahan mentah pada hujung minggu? Saya yakin begitu dibandingkan dengan masa yang diambil untuk bersiap, memandu ke restoren/ gerai, memesan, menunggu, memandu pulang, memasukkan lauk ke dalam mangkuk dan akhirnya makan.

Saya kira ini sajalah ruang-ruang penjimatan masa yang ada, kerana tidak semua benda boleh ditinggalkan hanya kerana saya hendak siapkan sebuah cerita.

2 comments:

  1. setuju sambil masak boleh basuh kain dalam mesin..penjimatan RM 30 seminggu boleh makan 3 orang makanan berkhasiat .

    DISIPLIN menulis itu masih GAGAL,tapi masih usaha

    ReplyDelete
  2. Farahnyemahmulya,

    Tak mengapa perlahan-lahan. Selagi ada usaha, insyaAllah suatu hari nanti tercapai jua.

    ReplyDelete