Malas atau bebas
Sebenarnya, apabila draf pertama karya sudah siap, saya sudah melepasi saat-saat genting. Saat-saat genting antara rasa malas dan bertindak menulis. Dengan adanya draf pertama, draf kedua hanya perlu kesihatan tubuh badan saya dan orang-orang di sekeliling saya untuk dijadikan sebuah manuskrip.
Apa lagi lepas ini?
Dalam pada itu, minda sudah lega. Seelok-eloknya, waktu ini saya sudah memikirkan apa yang nak ditulis seterusnya. Hendak berada di takuk lama, atau hendak maju setapak lagi. Allah saja yang tahu ke mana perginya semua orang. Tapi yang penting mesti berusaha selain dari bermimpi.
Kajian
Kajian itu penting. Kajianlah yang menjalankan cerita. Jika tidak cerita hanyalah mainan perasaan sahaja – gembira, kecewa, dendam, nostalgia, marah, pusing balik.
Internet sebagai permulaan
Saya nasihatkan adik-adik yang menulis, terutamanya untuk HSKU, mulalah membaca di luar bidang anda. Taipkan sesuatu yang tak pernah anda baca di enjin carian dan biarkan maklumat itu membentangkan dirinya di depan anda. Fokuskan kajian anda kepada sesuatu dan simpan halaman-halaman berguna di ruang ‘favourite’. Bulan depan misalnya, anda sudah tahu hendak beli buku apa sebagai sumber kajian selain di Internet. Kumpulkan bahan sambil berfikir-fikir tentang plot yang seiring dengan bahan kajian.
Jadi, jangan tunggu tahun depan baru nak mula membaca topik/ isu baru. Masa senggang, gunakan untuk membaca dan membentuk idea, seterusnya ideologi. Plot akan datang dengan sendiri. Apa ditunggu lagi? Siapkan draf kedua sambil membuat kajian untuk karya seterusnya!
Sunday, October 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam,
ReplyDeletesetelah membaca entri yg sungguh menarik ini sy terpanggil utk bertanya.sy seorg yg sgt2 meminati bidang penulisan.malah sudah memanuskripkan beberapa cerpen.malangnya sy tiada tempat utk evaluate sama ada karya sy logik,bermutu dan rational sbb bidang kerja sy bukanlah seorang yg dari bidang sastera.
sy cuba forwardkan cerpen sy kpd rakan,mnta pendapat dan pd masa yg sama sy ambil masa berbulan utk menilai sendri plot, dialog dan jln crita sy.
dan akhirnya sy masih tertanya2 berbaloikah sy menulis tnpa mendapat bimbingan seorg yg betul2 dari field sastera????ibarat sy seorang buta yg x bertongkat ;)
Saudara/ saudari anonymous,
ReplyDeleteSaya tertanya2 jika rakan anda ada memberi sebarang komen yang membina kepada cerpen anda. Mungkin boleh bermula dari situ. Jika tiada kritikan membina anda terpaksa percaya kepada diri sendiri. Cuba hantar kepada majalah terbitan DBP, Berita Harian, Utusan Melayu. Jika baik, ia akan tersiar.Jika tidak, tingkatkan mutu karya. Benda ni akan ambilmasa bertahun-tahun.
Saya sendiri tiada pengalaman berguru sebelum novel pertama diterbitkan. Jadi saya tak boleh beri komen tentang hal itu. Yang saya yakin, kita mesti percaya kepada keupayaan diri sendiri selain mencari ilmu dengan segala macam cara.Jika tak dapat berguru, membaca dan menilai karya penulis yang sudah terkenal hebat.
Berbaloikah menulis... terpulang kpd usaha & takdir. Jika anda mendapat penerbit yang bagus, insyaAllah lumayan. Jika tidak, cari tempat lain. Saya sendiri hanya boleh bercakap tentang novel dan bukannya cerpen.
Tapi yang penting, cerpen itu mestilah terbit dahulu dan diakui baik oleh sidang pengarang. Dari situ anda boleh membina nama dan seterusnya menerbitkan antologi.
Tertarik dengan iltizam anonymous yang mahu menjadi seorang penulis. Saya juga seperti Cikgu Sri, mendalami ilmu penulisan lebih kepada usaha dan keinginan sendiri (tidak berguru secara khusus atau menghadiri mana-mana bengkel penulisan secara berterusan). Saya belajar daripada karya penulis-penulis mapan tanah air. Sehingga kini, saya masih mengkaji karya orang lain.
ReplyDeleteYalah Cikgu Nizar, tidak semua orang dapat peluang untuk berguru. Jadi, terpaksalah gunakanlah segala peluang yang ada. Tentunya kita mesti mengkaji karya senior kita supaya boleh 'meniru' serba-sedikit teknik mereka.
ReplyDeleteCik Anon, cerpen pertama saya (karya pertama) tersiar di Berita Harian tanpa bantuan sesiapa. Hanya dengan bantuan Google. Di situ ada banyak tips daripada pelbagai penulis, memberitahu cara menghantar dan menulis cerpen. Buat rujuk silang, banyakkan rujukan, jangan taksub dengan sesuatu teori atau pegangan dan jangan terhad pada sesuatu pandangan sahaja. Hanya selepas ia tersiar barulah saya mula mencari guru.
ReplyDeleteIni mungkin kes terpencil. Selagi anda mahu, selagi itu pintu kejayaan menunggu. Blog Cikgu Sri ini pun banyak tips yang sungguh mendorong. Selamat berkarya!
Kita semua bernasib baik kerana hidup di zaman internet ini. Tetapi yang sebenar-benarnya bertuah ialah orang-orang yang memanafaatkan internet untuk mendapat ilmu dan berkarya atau berniaga dengan jujur.
ReplyDelete