Thursday, November 18, 2010

MANUSKRIP SIAP: MERAIKAN PERPISAHAN

Akhirnya dengan kuasa Allah jua, novel anda telah siap ditulis. Anda telahpun menyemak untuk kali yang keberapa dan anda rasa cukuplah setakat ini. Anda sudah tidak mahu menyimpannya lama-lama lagi. Anda sudah puas. Anda pun membuat cetakan. Kemudian ke kedai fotostat untuk membuat salinan dan menjilid. Anda buat surat lampiran dan anda tulis sinopsis untuk membantu editor menghidu cerita anda. Anda pun poskan naskhah tersebut.


Pengalaman saya di peringkat ini adalah seperti hendak menyiapkan seorang anak hendak berangkat ke sekolah asrama penuh atau ke universiti. Sedih hendak berpisah. Tetapi anda mesti menghadapi perpisahan tersebut. Anda tidak boleh halang anak anda dari meninggalkan anda. Jika anda halang dia, dia tidak akan dapat mencapai potensi dirinya yang maksima. Jadi, selamat jalan manuskrip!

Dan selepas itu anda terduduk di depan komputer dengan lagu sedih Snow Patrol Run bermain. Saya rasa saat ini seperti saya menghadapi empty nest syndrome. Selama ini, saya sibuk dengan melayan watak-watak dalam cerita tersebut. Sekarang, mereka sudah pergi meninggalkan saya! Suami saya ketawa apabila saya berkata yang saya sedang bersedih perlu masa bersedih seorang diri.

Ah, begitulah ceritanya. Jika anda menghadapi sindrom-sindrom di atas, saya memahaminya.

6 comments:

  1. Oh, walau saya belum pernah siap menyiapkan sebarang manuskrip tapi saya boleh bayangkan sedihnya untuk berpisah dengan sesuatu yang telah sebati, aduhai...

    ReplyDelete
  2. Tepat sekali! Kesedihan paling terasa ketika meninggalkan manuskrip "Lentera Mustika" yang saya tangani secara bersiri selama 37 bulan. Apabila menulis bab terakhir, saya sendiri sebak, bukan sebab endingnya sedih, tetapi saya tahu, selepas ini saya tidak lagi dapat 'berada' di dalam manuskrip ini melayan Ainur Mustika, Emir Johan dan Syen Amirul Hakim.

    Sebagai penulis, kita memang perlukan masa untuk menghadapi saat-saat terakhir sebelum watak-watak dan cerita itu menjadi 'milik' orang lain pula.

    ReplyDelete
  3. Tahniah, Puan Sri.
    selamat bercuti!
    :-)

    ReplyDelete
  4. Ibnu Jamaluddin,

    Cuba-cubalah membesarkan 'anak-anak' dalam novel. Pastinya syahdu nanti.

    Kak Nisah,

    37 bulan! Tentu yang paling syahdu.

    Ustaz,

    Giliran uztaz untuk syahdu sekejap lagi. Mungkin bulan depan?

    ReplyDelete
  5. Tahniah, Puan Sri....

    Setiap kali selesai menulis terasa satu beban yang berat itu sirna. Namun tanpa dapat dinafikan akhirnya diri ini (mungkin kita) akan kerinduan akan saat menulisnya.

    Dan apabila bermulanya penulisan naskhah yang baru, sepertinya baru belajar menulis semula. Bermula semula... saya semakin faham apakah itu kemanisan dalam menulis.

    ReplyDelete
  6. Zahiruddin Zabidi,

    Betul tapi hendak bermula semula itu agak susah. Berapa lama seorang penulis novel boleh bercuti ya?

    ReplyDelete